MR DOLLAR agih 1,000 pek makanan setiap hari
Iklan
Andy Chin
ANAK syarikat MR D.I.Y. Group (M) Berhad, MR. DOLLAR mengagihkan 1,000 pek makanan setiap hari kepada rakyat Malaysia memerlukan bantuan yang tinggal berhampiran cawangan MR. DOLLAR di seluruh Semenanjung Malaysia.
Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y, Andy Chin berkata, MR DOLLAR mengambil pendekatan tersebut untuk menggiatkan usaha kemanusiaannya dengan menyokong projek Bendera Putih melalui inisiatif #KibarkanBenderaKamiBantuSegera, bermula 1 Julai hingga 14 Julai.
Iklan
Iklan
Menurutnya, projek Bendera Putih dimulakan oleh warganet yang menyeru orang ramai mengalami kesukaran untuk mengibarkan bendera putih sebagai isyarat untuk memohon bantuan.
"Pek makanan tersebut terdiri daripada minyak masak, mi segera, teh dan kopi, biskut, krimer manis serta bahan perasa. Kesemua 42 cawangan MR. DOLLAR mengambil bahagian dalam kempen ini. Mereka yang memerlukan bantuan dan tinggal berhampiran dalam lingkungan dua kilometer dari mana-mana cawangan MR DOLLAR boleh menghubungi kami.
Iklan
"Saya juga seorang ketua keluarga amat memahami kesusahan dialami rakyat dalam situasi sekarang, terutama apabila mereka tidak mampu menyediakan makanan untuk keluarga. Melalui #KibarkanBenderaKamiBantuSegera, kami berharap dapat membantu rakyat Malaysia menempuh fasa yang mencabar ini,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, untuk mengambil bahagian dalam inisiatif ini, keluarga-keluarga yang memerlukan boleh mengibarkan bendera putih di hadapan rumah mereka, kemudian mengambil gambar dan berkongsi gambar tersebut untuk memohon bantuan melalui WhatsApp di 012 7711079.
Iklan
"Selepas menerima gambar tersebut, kakitangan perkhidmatan pelanggan MR. DOLLAR akan menghubungi penerima untuk mengaturkan penghantaran pek bantaun makanan tersebut. Ahli keluarga, rakan-rakan dan saudara mara juga boleh menghantar permohonan bagi pihak keluarga yang memerlukan,” katanya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia boleh mengambil bahagian dalam kempen ini dengan berkongsi gambar-gambar rumah jiran tetangga, saudara-mara dan rakan-rakan yang mengibarkan bendera putih untuk memohon bantuan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>