Melaka terus buru babi hutan
Iklan
x-default
MELAKA - Lebih 10 aduan diterima daripada rakyat setiap minggu berkaitan masalah perosak tanaman seperti babi hutan.
Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Industri Asas Tani dan Koperasi Melaka, Norhizam Hassan Baktee berkata, situasi itu bukan hanya menyebabkan petani ataupun pekebun mengalami kerosakan tanaman hingga menyebabkan kerugian malah menjejaskan keselamatan penduduk.
Iklan
Iklan
Menurutnya, menyedari permasalahan yang tidak hanya menghantui penduduk di kawasan kampung malah juga di taman perumahan, pihaknya telah meneruskan operasi menembak haiwan berkenaan dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), penembak berlesen dan penduduk tempatan.
"Pada Operasi kali ini yang bermula jam 1 pagi hingga 4 pagi, ia membabitkan tiga kawasan iaitu di Sebatu, Jasin, Padang Temu dan Seri Bendahara, yang hasilnya tiga ekor babi berjaya ditembak Perhilitan.
Iklan
"Operasi ini akan diteruskan lagi sebagai langkah pencegahan daripada berlaku sesuatu perkara tidak diingini dalam kalangan penduduk seperti kemalangan dan sebagainya,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Perhilitan Melaka, Noor Zakiah Hanum Mohd Noh berkata, selain operasi menembak pihaknya juga memasang perangkap sebagai usaha menangkap babi hutan namun bilangan perangkap agak terhad dan diletakkan di kawasan tertentu sahaja.
Iklan
"Kita akan bersama kerajaan negeri untuk membedung masalah tersebut termasuk dengan menggunakan perangkap yang hanya boleh memuatkan seekor babi hutan dalam satu masa,” katanya.
Dianggarkan lebih 10 orang terlibat dalam operasi selama tiga jam yang diketuai Norhizam termasuk enam kakitangan Perhilitan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>