Covid-19: Kelonggaran SOP untuk Perlis, Putrajaya dan Terengganu?

Iklan
Negeri yang mencatat kes Covid-19 yang rendah berkemungkinan diberi kelonggaran prosedur operasi standard (SOP). - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Sekurang-kuranya tiga buah negeri di Semenanjung dijangka diberi kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) kerana rekod jangkitan Covid-19 yang kekal rendah dalam ketika kebanyakan negeri lain masih bergelut dengan kes harian baharu yang tinggi.

Sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama (26 Jun hingga 2 Julai 2021) dan berdasarkan laporan harian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Terengganu dan WP Putrajaya secara konsistennya mencatat kes dua angka, sementara Perlis antara satu angka dan sifar kes.

Iklan
Iklan

Pada Jumaat, Terengganu merekod 44 kes harian baharu (kumulatif 11,295 kes), sementara WP Putrajaya 20 kes (kumulatif 2,332 kes) dan Perlis sifar kes (kumulatif 595 kes). Perlis pada 29 Jun dan 27 Jun turut mencatat sifar kes.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa 29 jun dipetik berkata, negeri yang mencatat kes Covid-19 yang rendah 'berkemungkinan diberi kelonggaran'.

Iklan

Menurut beliau, kerajaan sedang meneliti perkara tersebut dan keputusan akan dibuat"selepas segala perincian di ambil kira, termasuk nisbah jangkitan di sesebuah negeri dengan jumlah keseluruhan kes harian seluruh negara."

Perkara yang sama diulangi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada Jumaat yang menyatakan pihaknya akan mengemukakan cadangan berkenaan kepada Jawatankuasa Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Iklan

Malaysia masih di bawah fasa pertama Sekatan Pergerakan Perjalanan (SPP) di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan SOP ketat. Untuk beralih ke fasa dua, jumlah kes harian baharu Covid-19 perlu mencapai nilai ambang di bawah 4,000.

Dua lagi faktor yang diambil kira ialah kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana dan 10 peratus populasi Malaysia sudah menerima dua dos suntikan vaksin.

Fasa pertama SPP yang bermula 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021 dan disambung sehingga 28 Jun 2021 mungkin berlangsung sehingga pertengahan Julai 2021. PPN yang terbahagi kepada empat fasa diharap dapat mengembalikan kehidupan harian biasa di negara ini.

Sepanjang Rangkuman Mingguan ini, angka kes harian baharu berlegar antara 5,000 hingga hampir mencecah 7,000 dengan Selangor terus mencatat kes empat angka.

Malaysia mencatat detik cemas apabila kes harian baharu sebanyak 9,020 kes dilaporkan pada 29 Mei 2021, tertinggi sejak kes pertama dikesan di negara ini pada 25 Januari 2020.

Pada Jumaat, Malaysia mencatat 6,982 kes harian baharu berbanding Khamis, 6,988 kes, menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 765,949 kes. Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula sebanyak 66,084 kes.

Setakat 2 Julai 2021, jumlah kluster aktif meningkat kepada 877. Secara keseluruhannya, sebanyak 2,882 kluster direkod dan 2,005 daripadanya, ditamatkan.

Rangkuman Mingguan ini (26 Jun - 2 Julai 2021) yang berdasarkan data KKM merekod sebanyak 141 kluster baharu dan 79 atau 56 peratus daripadanya adalah kluster tempat kerja.

Daripada 17 kluster baharu yang dilaporkan pada Jumaat, sembilan (9) adalah kluster tempat kerja, sementara lima (5) kluster komuniti, dan tiga (3) kluster kumpulan berisiko tinggi.

Jumlah kes Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang dilaporkan semalam adalah sebanyak 905 kes dan 443 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Dengan 765,949 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 35 (tangga 36 rangkuman mingguan lepas) dalam senarai 216 buah negara yang dilanda pandemik Covid-19. Di hadapan Malaysia ialah Jepun (799,978) dan Hungary (808,197 kes).

Perkembangan lain dalam negara

Berdasarkan perincian KKM untuk 6,982 kes harian baharu Covid-19 yang dilaporkan KKM pada Jumaat 2 Julai 2021, Selangor terus mencatat kes empat angka dan menyumbang kes terbanyak iaitu 2,907 kes.

Kes harian baharu yang masih tinggi di negeri ini menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bersasar dikenakan ke atas daerah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Sepang, Klang, Kuala Selangor, Hulu Langat dan Hulu Selangor, di Selangor dari 3 Julai 2021 hingga 16 Julai 2021.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut dikenakan PKPD Bersasar ini yang melibatkan 14 buah lokaliti, berkuat kuasa 3 Julai hingga 16 Julai 2021.

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan ini, kes harian baharu Covid-19 di Selangor adalah seperti berikut:

26 Jun (2,108 kes), 27 Jun (2,212 kes), 28 Jun (1,989 kes), 29 Jun (2,299 kes), 30 Jun ( 2,836 kes), 1 Julai (2,885 kes) dan 2 Julai (2,907 kes).

Sementara itu, negeri yang mencatat k​​​​es harian baharu tiga angka - WP Kuala Lumpur 637 kes, Negeri Sembilan 606 kes, Johor 517 kes, Sarawak 440 kes, Pulau Pinang 351 kes, Pahang 329 kes, Kedah 257 kes, Sabah 230 kes, Melaka 202 kes, Perak 182 kes, WP Labuan 131 kes dan Kelantan 129 kes.

Kes harian baharu dua angka - Terengganu 44 kes dan WP Putrajaya 20 kes.

Kes harian baharu sifar - Perlis.

Sebanyak 73 lagi kes kematian dilaporkan pada Jumaat (2 Julai), menjadikan kes kumulatif yang melepasi angka 5,000 pada 28 Jun (5001) kepada 5,327 kes (0.70 peratus).

Selangor terus mencatat kes kematian tertinggi sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan ini, seperti berikut:

26 Jun (30 kes), 27 Jun ( 20 kes), 28 Jun (15 kes), 29 Jun (43 kes), 30 Jun (22 kes), 1 Julai ( 46 kes) dan 2 Julai (29 kes).

Mengenai perkembangan terkini penularan varian baharu virus SARS-CoV-2, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan pada Khamis, antara 23 jun 2021 dan 30 Jun 2021, sebanyak 28 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 dikesan.

Sebanyak 25 kes adalah Variant of Concern (VOC) manakala tiga (3) kes lagi adalah Variant of Interest (VOI) iaitu: