Naik bendera putih lepas beberapa bulan tak kerja
Iklan
Devi memberikan maklumat kepada Zikril Hakim selepas menerima sumbangan daripada Yayasan Amal Malaysia pada Khamis.
BAGAN SERAI - Buntu untuk mendapatkan bekalan makanan, seorang ibu tunggal terpaksa menaikkan bendera putih di hadapan rumahnya di Jalan Jeti di sini pada Khamis.
G Devi, 40, berkata, sejak tidak bekerja beberapa bulan yang lalu, dia mengakui terputus bekalan makanan dan hanya mengharapkan bantuan daripada jiran-jiran sejak empat hari lalu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, sebelum ini dia bekerja mengambil upah mencuci rumah sejak suami meninggal tiga tahun lalu, namun sehingga kini tiada yang memanggil untuk melakukan kerja-kerja tersebut.
"Saya memang tiada kerja tetap, hanya mengharapkan upah mencuci rumah sebab keadaan kesihatan tak mengizinkan saya untuk bekerja tetap di kilang atau premis lain.
Iklan
"Rumah saya yang sebulan RM280 ini pun dah hampir setahun tak bayar sebab tak mampu," katanya kepada pemberita selepas ditemui di rumahnya pada Khamis.
Devi berkata, perbelanjaan dan bayaran bil utiliti hanya mengharapkan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.
Iklan
Tambahnya, tiga anaknya berusia 13 hingga 15 tahun juga berdepan masalah untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) disebabkan telefon rosak.
Tindakan mengibarkan bendera putih itu akhirnya membuahkan hasil apabila Yayasan Amal Malaysia Cawangan Perak tampil menghulurkan sumbangan kepada kedua-dua rumah tersebut.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kes buli, dakwaan murid dipukul guru: PPD laksana prosedur ditetapkan"><meta itemprop="description" content="Kes buli, dakwaan murid dipukul guru: PPD laksana prosedur ditetapkan
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah telah melaksanakan prosedur ditetapkan serta mengadakan perbincangan bersama keluarga mangsa berhubung kes buli serta dakwaan murid dipukul guru yang berlaku di Chemor dan Pengkalan Hulu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, kedua-dua kes berkenaan bagaimanapun diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut susulan laporan yang dibuat pihak terbabit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799864/edisi/perak/kes-buli-dakwaan-murid-dipukul-guru-ppd-laksana-prosedur-ditetapkan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #dakwaanbuli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-10T04:37:08.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P97S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbkofdm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbkofdm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbkofdm"></script>