Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Iklan
Pada jam 6 petang, unit tempatan menyusut kepada 4.1575/1600 daripada paras penutup 4.1480/1500 pada Rabu.

RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar AS pada hari pertama dagangan bagi bulan Julai apabila dolar AS meningkat menjelang pengumuman data senarai gaji Amerika Syarikat (AS) manakala Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan Malaysia (PMI) yang lemah telah menjejaskan sentimen pasaran.

Pada jam 6 petang, unit tempatan menyusut kepada 4.1575/1600 daripada paras penutup 4.1480/1500 pada Rabu.

Iklan
Iklan

Menurut Bloomberg, won menerajui penurunan mata wang negara sedang pesat membangun selepas Korea menghentikan rancangan untuk melonggarkan pergerakan di negara itu, manakala indeks pengurus pembuatan Asia mencerminkan pemulihan ekonomi rendah apabila pandemik Covid-19 terus menjejaskan pengeluaran.

IHS Markit Malaysia Manufacturing PMI, petunjuk angka tunggal komposit bagi prestasi pembuatan turun kepada 39.9 pada Jun 2021 daripada 51.3 pada bulan sebelumnya mencerminkan langkah-langkah pembendungan Covid-19 yang lebih ketat.

Iklan

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7257/7292 daripada 5.7462/7490 pada Rabu dan naik berbanding euro kepada 4.9271/9300 daripada 4.9316/9339.

Iklan

Ringgit menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0869/0890 daripada 3.0870/0887 dan menambah berbanding yen kepada 3.7280/7303 daripada 3.7528/7550 sebelumnya. -Bernama