LBS tingkat platform digital capai lebih ramai pembeli rumah

Iklan
Hock San

SHAH ALAM - Pemaju perbandaran terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) kekal fokus untuk menangani cabaran pandemik Covid-19 dengan meningkatkan lagi inisiatif jualan bagi kemudahan bakal pembeli.

Pengerusi Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Lim Hock San berkata, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, LBS telah meramalkan potensi proses digitalisasi.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, inisiatif awal yang diambil oleh LBS untuk beralih ke platform digital telah membantu untuk menjangkau lebih ramai kumpulan sasaran di luar sana khususnya bakal pembeli rumah kali pertama.

"Inisiatif ini merangkumi pelbagai platform dalam talian termasuk bilik pameran maya, laman web, pemasaran e-mel serta platform media sosial seperti WhatsApp, Facebook, Instagram dan YouTube.

Iklan

"Sebelum pembukaan semula galeri jualan, LBS berusaha untuk membawa pengalaman menonton bilik pameran maya yang realistik kepada bakal pembeli. Ini terbukti di mana pada awal Januari 2021, LBS telah melancarkan Laman Hartanah Maya, di mana pembeli rumah dapat melihat serta menerokai kesemua projek dan hartanah LBS di dalam definisi tinggi (HD) dari keselesaan kediaman mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, bermula dari 1 Jun sehingga 28 Jun 2021, LBS mencatatkan jumlah tempahan yang memberangsangkan berjumlah RM 274 juta walaupun berhadapan dengan cabaran PKP 3.0.

Iklan

"Pada 28 Jun 2021, LBS telah mengumpul jumlah jualan sebanyak RM601 juta dan menjangkakan jumlah tempahan sebanyak RM665.9 juta," katanya.

Menurut beliau, pelanjutan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) baru-baru ini sehingga 31 Disember 2021 merupakan peluang baik yang perlu dimanfaatkan oleh bakal pembeli bagi mendapatkan rumah impian mereka dengan pengecualian bayaran yang dapat meringankan beban kewangan pembeli rumah.

"LBS turut memperkenalkan kempen pemasaran terbarunya, #DudukRumah Deals 3.0 pada bulan April 2021, di mana pembeli rumah boleh mendapatkan rumah impian mereka dengan hanya membayar RM200,” katanya.

Menurut Hock San, sebagai tambahan, pembeli rumah berpeluang memenangi duit raya bernilai lebih daripada RM445,000 dari kempen Raikan Rezeki Bersama LBS yang sedang berlangsung, dengan hadiah cabutan bertuah bernilai lebih dari RM1 juta, kempen ini akan berakhir pada 30 Jun 2021.

"Dengan bantuan dari dasar kerajaan, kempen yang kreatif dan penggunaan platform arus perdana serta digital yang mantap dapat memenuhi permintaan pasaran hari ini. Saya teruja untuk mengumumkan bahawa LBS berada di landasan yang betul dan berjaya mencatat jumlah jualan yang memberangsangkan,” katanya.