Pertukaran nama bapa pada dokumen pengenalan diri dibenarkan: JPN
Iklan
Pembetulan maklumat dalam dokumen kelahiran sama ada dalam sijil atau kad pengenalan boleh dimohon sekiranya terdapat maklumat tidak tepat atau meragukan. - Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR - Pembetulan maklumat dalam dokumen kelahiran sama ada dalam sijil atau kad pengenalan boleh dimohon sekiranya terdapat maklumat tidak tepat atau meragukan.
Menurut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), pemohon yang ingin melakukan pembetulan sama ada nama atau tarikh dan tempat kelahiran perlu mengemukakan dokumen sokongan bagi membuktikan berlaku kesilapan fakta dalam pendaftaran sebelum ini untuk dipertimbangkan oleh jabatan itu.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, menurut JPN sebarang perubahan maklumat dalam dokumen pengenalan dikhuatiri akan memberi kesan kepada pemohon antaranya dalam urusan perbankan, pendidikan dan kesihatan.
"JPN hanya mengendalikan isu yang di bawah bidang kuasa JPN sahaja seperti sijil lahir dan kad pengenalan.
Iklan
"Namun, sekiranya pihak berkaitan memerlukan pengesahan berkenaan maklumat dokumen pengenalan diri subjek, JPN sedia memberikan kerjasama,” maklum jabatan itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.
JPN mengeluarkan kenyataan itu sebagai mengulas laporan pada Ahad lepas tentang tiga bayi perempuan termasuk sepasang kembar yang dilahirkan 20 tahun lepas tertukar dipercayai akibat kecuaian kakitangan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.
Iklan
Kejadian itu disedari selepas ketiga-tiga mangsa, Adryani Iwani, 20, ‘kembarnya’ Adryana Irwani, 20, dan kembar sebenarnya Noratirah Husin, 20, menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada September tahun lepas.
Berikutan itu, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad dipetik berkata kesilapan tertukar bayi dengan keluarga lain sehingga seseorang individu dibin atau dibintikan kepada bapa angkat, dari segi hukum agama wajib ditukar kepada bin atau binti bapa kandung.
Ia bagi memastikan supaya tidak menimbulkan isu berbangkit, terutama berkaitan pembahagian pusaka.
Menurut JPN, jabatan itu sebelum ini banyak menerima permohonan untuk pembetulan melibatkan pelbagai maklumat pada dokumen pengenalan diri termasuklah penukaran bin atau binti (nasab) namun tiada statistik khusus berkenaan hal tersebut. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>