Tujuh leka berjudi dalam semak ditahan
Iklan
Antara yang dirampas dalam serbuan di Kampung Kubang Ikan, dekat Kampung Raja, Besut.
BESUT - Kegiatan tujuh lelaki yang bermain judi di kawasan semak di Kampung Kubang Ikan dekat Kampung Raja, di sini sejak dua minggu lalu terbongkar apabila mereka ditahan dalam serbuan pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, tujuh lelaki berkenaan dikompaun RM1,500 kerana melanggar syarat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Iklan
Iklan
Menurutnya, tujuh lelaki berusia 44 hingga 61 tahun yang ditahan jam 4 petang Ahad itu mengaku telah bermain judi di lokasi berkenaan sejak dua minggu lalu.
"Tujuh lelaki berkenaan telah diambil tindakan kerana melanggar syarat-syarat PKP di bawah Peraturan 16 Akta 342, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.
Iklan
"Turut dirampas 52 keping daun terup berwarna merah dan putih serta wang kertas berjumlah RM1,739," katanya kepada pemberita pada Isnin.
Beliau berkata, kesemua yang ditahan akan direman di Mahkamah Besut.
Iklan
Katanya, suspek yang ditahan akan didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal" /><meta itemprop="description" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal
#SinarHarian #beritasemasa #pelupusansampah terbakar #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T10:14:25.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEqm61cDWg1raoGSA/x120" /><meta itemprop="duration" content="P104S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xyarq" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xyarq"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor" /><meta itemprop="description" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Peniaga hasil laut di Kampung Batu Hampar dekat Manir di sini berkongsi rezeki bersama pelanggan dengan menjual sebanyak 4,000 ikan siakap pada harga 70 sen setiap seekor, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim
Sabran Muzaffar Semlee, 28, berkata, jualan murah itu dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati sumber protein tersebut.
Menurutnya, gerai jualan itu mula diserbu seawal jam 6.30 pagi oleh pelanggan yang ingin mendapatkan harga yang ditawarkan RM2 bagi tiga ekor ikan.
Sabran Muzaffar berkata, jualan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya sambutan diterima memberangsangkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662802/Peniaga-kongsi-rezeki-jual-siakap-70-sen-seekor
#SinarHarian #beritasemasa #siakap70sen #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T08:36:07.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEp8C1cDVDt67F3Pk/x120" /><meta itemprop="duration" content="P191S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xy5n0" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xy5n0"></script>