Tujuh maut, puluhan cedera bangunan runtuh di Bangladesh

Iklan
Anggota bomba dan penyelamat memeriksa lokasi kejadian letupan gas di Dhaka, Bangladesh yang mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh orang dan puluhan lain cedera. - Foto Xinhua

DHAKA - Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh manakala puluhan lain cedera dalam satu insiden letupan yang mengakibatkan deretan bangunan menempatkan restoran dan kedai runtuh, di Dhaka, Bangladesh pada Ahad, lapor Xinhua.

Pesuruhjaya Polis Metropolitan Dhaka (DMP), Shafiqul Islam berkata, tujuh terbunuh dan sekurang-kurangnya 50 orang cedera dalam kejadian itu