Bashir namakan timbalan presiden pertama, PM baharu

Iklan
Omar al-Bashir

KHARTOUM - SUDAN. Presiden Sudan, Omar al-Bashir, semalam melantik timbalan presiden pertama dan perdana menteri baharu sehari selepas beliau mengisytiharkan perintah darurat untuk meredakan protes ganas di negara itu sejak beliau memegang tampuk pemerintahan tiga dekad lalu.

Bekas gabenor Gezira, Mohamed Tahir Ayala dilantik sebagai perdana menteri manakala Menteri Pertahanan, Awad Mohamed Ahmed Ibn Auf menjadi timbalan presiden pertama sambil mengekalkan portfolio pertahanannya.

Iklan
Iklan

Kelmarin, Bashir mengumumkan perintah darurat selama setahun berkuatkuasa di seluruh negara dan turut menubuhkan pentadbiran sementara yang mana beliau menggantikan kesemua gabenor negeri dengan pegawai tentera.

Beliau juga menggesa pembangkang menyertai 'perdamaian nasional' dan dialog bersama selain meminta Parlimen menangguhkan pindaan terhadap Perlembagaan yang membolehkan beliau bertanding untuk memegang jawatan bagi tempoh satu penggal lagi pada 2020.

Iklan
Iklan

Kumpulan pembangkang utama, Angkatan Konsensus Nasional bagaimanapun menegaskan perintah darurat itu tidak akan menghentikan revolusi popular dan mereka akan meneruskan perjuangan untuk menggulingkan Bashir. - Reuters