KOTA KINABALU - Seramai 12 individu termasuk seorang wanita ditahan dalam Op Sarang di dua lokasi berasingan di sini, semalam.
Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata kesemua mereka berumur 14 hingga 51 tahun itu adalah sebahagian daripada 20 individu diperiksa dalam operasi di Kampung Suang Parai dan Kampung Delima dari pukul 2 petang hingga 7 malam.