Mat Sabu masuk hospital, jalani pembedahan
Iklan
Tangkap layar Mohamad Sabu yang dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan kecil pada Ahad.
SHAH ALAM - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu bagi menjalani pembedahan kecil.
Perkara tersebut disahkan Pejabat Presiden Amanah dalam satu hantaran yang memaklumkan pembedahan tersebut berjalan dengan lancar dan Ahli Parlimen Kota Raja itu kini berada dalam keadaan stabil.
Iklan
Iklan
"Insya-ALLAH beliau akan dibenarkan untuk keluar daripada wad pada esok bagi memulakan tugas seperti biasa,” kata kenyataan tersebut di Facebook pada Ahad.
Sementara itu, Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub ketika dihubungi Sinar Harian tidak dapat memberi sebarang maklum balas berkaitan perkara tersebut.
Iklan
"Saya kini berada di Johor dan perlu dapatkan pengesahan terlebih dahulu pagi ini,” katanya.
Pada Ahad, tular di Twitter sekeping gambar menunjukkan Mohamad Sabu sedang terbaring di atas katil hospital yang dikongsi seorang pemilik akaun Twitter bernama Antonio Samad.
Iklan
"Semoga abang @MSabu_Official dikurniakan kesembuhan, dipermudahkan urusan. InsyaAllah,” ciapnya di Twitter.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>