Pembunuh George Floyd dihukum penjara 22 tahun enam bulan
Iklan
MINNEAPOLIS - Bekas anggota polis, Derek Chauvin pada Jumaat dijatuhi hukuman penjara 22 tahun dan enam bulan selepas disabit bersalah membunuh lelaki kulit hitam, George Floyd yang telah mencetuskan gelombang protes di seluruh Amerika Syarikat (AS) sehingga merebak ke beberapa negara.
"Keputusan ini dibuat bukan berdasarkan emosi atau dasar simpati,” kata Hakim Peter Cahill ketika membacakan hukuman itu di sebuah penjara di Minneapolis.