FeMac gesa kerajaan bantu ILKS untuk terus beroperasi
Iklan
Azizul Mohd Othman
SHAH ALAM - Persekutuan Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (FeMAC) menggesa kerajaan supaya membantu Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) bagi membolehkan mereka meneruskan operasi ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Presidennya, Azizul Mohd Othman berkata, antara perkara yang perlu dipertimbangkan termasuk mengurangkan beban kewangan Pusat Bertauliah (PB) yang kebanyakannya bergantung kepada yuran latihan.
Iklan
Iklan
Justeru, katanya, skim subsidi upah hendaklah diteruskan sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan lagi.
"Selain itu, PB dengan sokongan kerajaan perlu mendapatkan suntikan modal daripada institusi-institusi kewangan dalam bentuk pinjaman (soft loan) bagi menampung kos operasi untuk tempoh enam bulan.
Iklan
"Kerajaan juga perlu mempercepatkan proses vaksinasi kepada kakitangan dan pelatih PB bagi membolehkan sektor latihan kemahiran berjalan seperti biasa dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP),” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Azizul berkata, kerajaan perlu memperuntukkan dana khas sebagai geran latihan untuk para pelatih khususnya mereka yang terdiri daripada golongan B40.
Iklan
"Ini dilihat sebagai satu keperluan memandangkan akan adanya kesukaran bagi mereka mendapatkan penjamin untuk memohon pinjaman latihan daripada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dalam suasana semasa,” katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, program latihan yang sedang dilakukan kerap kali ditangguhkan sehingga menjejaskan hampir 10,000 pelatih.
Menurutnya, keadaan tersebut turut memberikan kesan sama ke atas kemasukan atau pengambilan pelatih baharu ke pusat-pusat latihan berkenaan.
"Daripada 545 PB swasta, sebanyak 16 terpaksa menamatkan operasi, manakala 179 lagi tidak dapat membuat sebarang pengambilan pelatih sejak Mac 2020.
"Dianggarkan, PB swasta kehilangan peluang pendapatan bernilai RM160 juta sepanjang tempoh ini,” katanya.
Sekiranya keadaan itu berterusan, katanya, lebih separuh daripada 179 pusat bertauliah akan berhadapan risiko penutupan.
Tambah beliau, penutupan tersebut secara tidak langsung akan menjejaskan program latihan, penilaian dan pensijilan pelatih-pelatih sedia ada.
"Selain itu, berlakunya kekurangan pusat-pusat latihan selepas tamatnya pandemik nanti yang mana akan menjejaskan kapasiti latihan untuk meningkatkan penghasilan tenaga mahir negara.
"Sebanyak 10,000 tenaga kerja termasuk tenaga pengajar, kakitangan pentadbiran dan sokongan dalam sektor ini turut berhadapan risiko kehilangan pekerjaan selain terjejasnya industri sokongan dalam sektor latihan.” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>