Brazil catat 115,228 kes baharu Covid-19

Iklan
Brazil mencatat jumlah kematian Covid-19 kedua tertinggi di dunia, selepas Amerika Syarika. - Foto EPA

SAO PAULO - Brazil pada Rabu mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 115,228 menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di negara ini meningkat kepada 18,169,881, kata Kementerian Kesihatan.

Kira-kira 2,392 orang meninggal dunia pada tempoh yang sama, menjadikan jumlah keseluruhan korban kepada 507,109, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

Sao Paulo, negeri paling padat penduduk, kekal sebagai wilayah paling teruk dijangkiti, menyebabkan sekatan pergerakan dilanjutkan sehingga 15 Julai berikutan kes dan kemasukan ke hospital yang terus meningkat.

Selain itu, negeri Mato Grosso do Sul, Santa Catarina dan Parana, turut menyaksikan sistem penjagaan kesihatan mereka hampir lumpuh.

Iklan
Iklan

Brazil mencatat jumlah kematian Covid-19 kedua tertinggi di dunia, selepas Amerika Syarikat (AS) dan jangkitan ketiga terbanyak di belakang AS dan India. - Bernama