TMG ditutup sementara

Iklan
Pihak pengurusan TMG mengeluarkan kenyataan mengenai penutupan semua pasar raya TMG di daerah ini.

KUANTAN - Pasaraya Tunas Manja Group (TMG) memaklumkan penutupan sementara semua cawangan pasar raya itu.

Pengurusan Tunas Manja Group (TMG) dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan penutupan bertujuan disinfeksi dan membersihkan semua kawasan secara menyeluruh.

Iklan
Iklan

"Semua cawangan pasar raya TMG Mart, TMG Plus, TMG Express dan warehouse di seluruh daerah Kuantan ditutup sementara bagi kerja-kerja sanitasi dan disinfeksi.

"Ujian saringan Covid-19 (PCR) akan turut dilakukan membabitkan semua kakitangan bagi memastikan keselamatan mereka dan orang awam yang berurusan dengan pihak TMG," kata kenyataan itu.

Iklan

Menurut kenyataan itu lagi, orang ramai dinasihatkan supaya tidak percaya dengan khabar angin yang tular media sosial ketika ini.

"TMG akan kembali beroperasi dengan kebenaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas keputusan saringan yang dilakukan terhadap semua kakitangan negatif dan semua cawangan dibasmi kuman.

Iklan

"Kami juga memberi jaminan bahawa semua cawangan akan beroperasi selepas segala langkah agresif dan proaktif diambil sekali gus mewujudkan situasi selamat kepada pengunjung, pembekal dan kakitangan,” menurut kenyataan itu.