KUANTAN - Polis menahan 10 individu termasuk tiga wanita warga Vietnam yang leka berjudi menggunakan buah 'pai kaw' di kawasan semak di Kampung Baru Penjom, Lipis pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, suspek berusia 73 hingga 31 tahun itu ditahan dalam satu serbuan pada 6.20 petang berdasarkan maklumat orang awam dan turut menemukan wang tunai RM2,539 dipercayai wang pertaruhan.