Tinggal 21 guni aksesori lori seludup tepi sungai

Iklan
Polis menemui 21 guni mengandungi barangan aksesori lori yang ditinggalkan oleh penyeludup di tebing Sungai Golok berhampiran pangkalan haram Adam, Rantau Panjang pada Isnin.

PASIR MAS - Polis menemui 21 guni mengandungi barangan aksesori lori yang ditinggalkan oleh penyeludup di tebing Sungai Golok berhampiran pangkalan haram Adam, Rantau Panjang di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, semasa melakukan rondaan dan pemantauan Covid-19 kira-kira jam 1 petang, pihaknya telah menemui satu longgokan guni putih di lokasi tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, selepas menunggu selama 30 minit dan tiada individu yang tampil, kesemua barangan rampasan dibawa ke Balai Rantau Panjang untuk siasatan serta pemeriksaan lanjut.

"Pemeriksaan lanjut ke atas guni-guni itu membawa kepada penemuan 130 keping aksesori lori pelbagai saiz dianggarkan bernilai RM32,000.

Iklan

"Kesemua barangan rampasan itu telah diserahkan kepada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDRM) Rantau Panjang untuk tindakan lanjut," katanya.

Mohd Nasaruddin berkata, polis akan terus memperhebatkan rondaan pencegahan jenayah dalam usaha mengekang aktiviti penyeludupan.

Iklan