Honor Malaysia perkenal dua komputer riba baharu

Iklan
Honor MagicBook X15.

SHAH ALAM– Honor Malaysia memperkenalkan dua lagi komputer riba siri baru Honor MagicBook X 15 pada harga berpatutan pada 19 Jun lalu yang dijangka membantu membina strategi ekosistem saling sambung Honor yang dikenali sebagai1+8+N apabila Honor 50 tiba di pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Honor dalam satu kenyataannya berkata, Honor MagicBook X 15 dalam warna space gray dengan berat 1.56 kilogram dan ketebalan 16.9 milimeter memudahkan penggunanya ke mana-mana seperti ke tempat kerja dan kelas.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, skrin Honor MagicBook X15 diiktiraf persijilan TUV Rheinland untuk cahaya biru rendah dan tidak berkelip dan konfigurasi perkakasannya dipadankan pemproses Generasi ke-10 Intel Core selain dipasangkan bateri berkapasiti besar 42Wh.

"Dengan sekali cas penuh bateri, pengguna dapat menyaksikan video berkualiti 1080 piksel sehingga 7.86 jam atau pun melayari laman web selama 7.3 jam. Pengecas pantas 65W yang baru ini hanya seberat 200 gram dan mampu mencapai 53 peratus bateri dalam tempoh 30 minit.

Iklan

"Ia dilengkapi memori dwi-saluran 8GB DDR4 yang meningkatkan kadar penyiaran sehingga 50 peratus berbanding memori saluran tunggal. Siri Honor MagicBook X 15 turut mengetengahkan reka bentuk dua dalam satu butang kuasa serta fungsi pengecaman cap jari yang selesa dan lebih selamat,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, jualan Honor MagicBook X 15 bermula pada 19 Jun di stor fizikal Honor Experience Stores, Shopee Honor Official Store dan penjual sahnya di seluruh negara.

Iklan
Siri Honor 50 dan Honor MagicBook X 15.

"Honor MagicBook X 15 dijual di pasaran Malaysia serendah RM2,299 sebelum Honor 50 diperkenalkan. Pelbagai hadiah menarik menanti pembeli komputer riba ini,” katanya.

Sementara itu, menurut kenyataan tersebut, telefon pintar, siri Honor 50 telah dilancarkan secara rasmi akan membawa perubahan besar dalam videografi dan memberi hasil Vlogging berkualiti tinggi kepada penggunanya.

"Mengenai spesifikasi Honor 50 dan Honor 50 Pro, dua telefon pintar ini masing-masing menampilkan penyediaan kuad kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 108MP, kamera sudut lebar 8MP, kamera makro 2MP berserta kamera kedalaman 2MP.

"Kombinasi lensa berbeza ini menghasilkan gambar dan video yang lebih jelas, perincian lebih halus dengan sudut pandangan lebih luas,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Honor 50 dan Honor 50 Pro masing-masing disertakan dengan pengecas pantas 66W dan 100W.

"Siri Honor 50 ditawarkan dalam beberapa seleksi warna menarik iaitu Frost Crystal, Amber Red, Emerald Green dan Midnight Black. Selepas pelancarannya di China, siri telefon pintar ini bakal memasuki pasaran Malaysia dalam masa terdekat,” katanya.

Baru-baru ini, Honor Malaysia melancarkan beberapa peranti boleh pakai pintar serta siri komputer riba. Empat komputer riba iaitu siri Honor MagicBook X 15, Honor MagicBook 15 dan Honor MagicBook Pro bersama peranti boleh pakai gelang pintar Honor Band 6 dan jam tangan pintar, Honor MagicWatch 2.

Semua peranti ini akan membantu membina strategi 1+8+N apabila Honor 50 tiba di pasaran Malaysia nanti.

Sempena jualan Honor MagicBook X 15, portal e-dagang Shopee Honor Flagship Store mengadakan promosi khas sejak 19 Jun 2021.