Warga emas rugi RM23,300 terpedaya tawaran bantuan pesara
Iklan
Gambar hiasan.
SEREMBAN - Seorang warga emas kerugian sebanyak RM23,300 akibat ditipu tawaran bantuan pesara B40 melalui laman sosial Facebook.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintenden Aibee Abd Ghani berkata, kes berlaku selepas lelaki berusia 68 tahun itu telah menerima pesanan di Facebook daripada kenalan lama.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kawan lamanya itu kemudian meminta mangsa menekan satu pautan untuk mendapatkan bantuan pesara B40.
"Kawannya itu memaklumkan bahawa dia telah menerima bantuan tersebut dan pengadu mula tertarik untuk mendapatkan bantuan tersebut.
Iklan
"Mangsa kemudiannya menekan 'link' itu, dan disambungkan kepada seorang ejen, sambil memberitahu dia telah memenangi hadiah wang tunai RM100,000, namun perlu membuat bayaran terlebih dahulu untuk menebus wang tunai," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.
Tambahnya, mangsa telah membuat sebanyak 20 transaksi ke dalam akaun yang berlainan sejak 16 Disember 2020 hingga 18 Jun lalu, sebelum menyedari dirinya ditipu.
Iklan
Katanya, pihaknya telah menerima 45 kertas siasatan yang menggunakan modus operandi yang sama.
"Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berwaspada dengan setiap pesanan yang diterima, sama ada melalui kenalan lama atau baharu di laman sosial," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>