Lelaki proses air ketum dicekup

Iklan
Peralatan memproses air ketum yang dirampas oleh PGA Batalion 7 Kuantan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Gual To'Deh, Rantau Panjang, pada Jumaat.

RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan menahan seorang lelaki berusia 28 tahun yang disyaki terlibat dalam aktiviti pemprosesan air ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Gual To'Deh, di sini, pada Jumaat.

Serbuan yang dilakukan pada jam 6 petang itu turut merampas 46 liter air ketum, 5.5 kilogram daun ketum, enam botol ubat batuk, satu set dapur serta dua tong gas.

Iklan
Iklan

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, rampasan membabitkan nilai keseluruhan berjumlah RM685.

"Kita bertindak menyerbu rumah itu selepas menerima maklumat awam," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Beliau memberitahu, kesemua barangan rampasan dan suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk siasatan lanjut.