Republik Czech perkukuhkan cengkaman

Iklan
Schick meraikan jaringan penaltinya ketika aksi menentang Croatia di Hampden Park, Glasgow.

REPUBLIK Czech memperkukuhkan harapan mara ke pusingan 16 terbaik Euro 2020 biarpun diikat Croatia 1-1 pada aksi kumpulan D di Stadium Hampden Park, sebentar tadi.

Anak buah Jaroslav Silhavy terlebih dulu berada di depan hasil jaringan penalti Patrik Schick pada minit ke-37' untuk mendahului babak pertama 1-0.

Iklan
Iklan

Bersambung babak kedua, skuad kendalian Zlatko Dalić tampil lebih kemas mengejutkan lawan hasil jaringan peledak veteran berusia 32 tahun, Ivan Perišić pada minit ke-47

Keputusan seri itu menyaksikan Republik Czech memimpin kumpulan dengan empat mata selepas mengharungi dua perlawanan manakala Croatia di kedudukan ketiga dengan satu mata.

Iklan
Iklan