Niaga hadapan emas ditutup tidak berubah
Iklan
KUALA LUMPUR - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tidak diniagakan pada Jumaat berikutan kekurangan sokongan belian.
Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Liou Xin Hui berkata, sementara itu harga emas Comex naik satu peratus pada Jumaat apabila kenaikan dolar AS yang terhenti seketika telah membantu emas kembali meningkat semula daripada penurunan mendadak pada sesi sebelumnya.