Pukul isteri, anak kerana terganggu tangisan
Iklan
Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob
BEAUFORT - Terganggu dengan tangisan anak yang berusia setahun, seorang lelaki mengamuk dan bertindak memukul anak serta isterinya dalam kejadian di Kampung Membakut Jaya di sini pada Rabu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, suspek berusia 27 tahun turut bertindak mengugut bunuh dan mahu menggantung isterinya.
Iklan
Iklan
Susulan kejadian itu, satu laporan polis dibuat oleh isterinya berusia 23 tahun di Balai Polis Membakut pada hari yang sama.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku akibat pertengkaran antara mangsa dan suaminya.
Iklan
"Kejadian berpunca daripada anak mereka menangis yang menyebabkan suspek marah kerana merasa terganggu ketika hendak tidur.
"Suspek kemudian memukul anaknya sehingga berlaku pertengkaran kerana mangsa menegur perbuatan suspek.
Iklan
"Perkara itu menyebabkan suspek berang lalu mengamuk, menampar serta mengatakan mahu bunuh dan juga menggantung isterinya," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Mohd Yusoff berkata, mangsa mengalami sakit di bahagian pipi kemudian dirujuk ke Hospital Beaufort untuk rawatan lanjut.
"Selepas kejadian itu, suspek keluar rumah dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 506 kerana melakukan ugutan jenayah," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dua pengarah syarikat perabot didakwa gagal bayar cukai jualan lebih RM320,000"><meta itemprop="description" content="Dua pengarah syarikat perabot didakwa gagal bayar cukai jualan lebih RM320,000
Sebuah syarikat membuat dan menjual perabot serta dua ahli lembaga pengarahnya dihadapkan ke mahkamah atas 58 pertuduhan gagal membayar cukai jualan membabitkan jumlah keseluruhan RM320,337.84.
Syarikat tersebut, Seng Cushion Sdn Bhd bersama dua pengarahnya, Ng Eng Chen, 64 dan Lim Paik Eng, 62 didakwa gagal membayar cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar bagi tempoh bercukai antara tahun 2019 hingga 2024.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769501/berita/semasa/dua-pengarah-syarikat-perabot-didakwa-gagal-bayar-cukai-jualan-lebih-rm320000
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #cukai"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-26T03:06:53.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/a7Oei1fdxZEJV8VOA/x120"><meta itemprop="duration" content="P94S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xa0qvjg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xa0qvjg"></script>