Saudi dan vaksin Sinovac

Iklan
Vaksin Sinovac keluaran China diberikan kepada golongan warga emas berusia 60 tahun ke atas dalam Fasa 2 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bermula 19 April. - Foto Bernama

AWANG sokong sangat usaha kerajaan kita nak bincang dengan kerajaan Arab Saudi tentang isu vaksin Sinovac.

Hal itu penting oleh sebab ramai juga rakyat Malaysia yang sudah disuntik dengan vaksin itu.

Iklan
Iklan

Menurut beritanya, kerajaan Arab Saudi menganggap vaksin Sinovac dari China belum memenuhi syarat yang ditetapkan. Buat masa ini, Arab Saudi hanya mengiktiraf vaksin Pfizer dan AstraZeneca.

Awang berharap Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan bekerja rapat dengan Menteri Agama untuk menyelesaikan masalah ini.

Iklan

Ia bukan masalah Malaysia sahaja, Indonesia juga menghadapi masalah yang sama. Rakyatnya ramai yang telah disuntik dengan vaksin jenama itu.

Malah sebahagian besar vaksin untuk negara itu ialah dari jenama Sinovac. Sudah tentu ia akan jejaskan peluang jemaah mereka pergi ke Makkah.

Iklan

Menurut Khairy, kerajaan akan minta kelonggaran bagi yang sudah disuntik vaksin itu untuk tujuan menunaikan haji. Kerajaan bagaimanapun sudah putuskan tak membenarkan rakyat kita ke Makkah tahun ini.

Awang setuju sangat dengan Khairy bahawa agak sukar untuk memuaskan hati semua pihak. Ada negara yang hanya iktiraf satu jenama dan tak terima jenama yang lain.

Oleh itu, tentulah tak mungkin seseorang disuntik dengan Sinovac kalau nak ke China, Pfizer kalau nak ke Makkah atau AstraZeneca untuk ke Eropah.