Jawatankuasa tolak darurat disambung: Khalid
Iklan
Khalid Abdul Samad
SHAH ALAM - Jawatankuasa Rayuan Penamatan Proklamasi Darurat membuat keputusan untuk menolak sebarang formula yang akan menyebabkan darurat disambung lagi.
Pengerusinya, Khalid Abdul Samad berkata, pihaknya sedar bahawa kuasa yang lebih luas tidak boleh diberikan kepada mana-mana badan yang dibentuk di luar proses demokratik.
Iklan
Iklan
"Pada pandangan kami, pengisytiharan darurat telah gagal sepenuhnya. Kerajaan mendakwa bahawa objektif awal darurat tersebut adalah untuk menangani pandemik Covid-19 secara efektif dan mengekalkan kestabilan sosial.
"Jelas bahawa pandemik ini telah menjadi lebih membimbangkan dan ekonomi negara kini berada di ambang kelumpuhan selepas darurat diisytiharkan,” dakwanya menerusi kenyataan yang disiarkan di Facebooknya pada Ahad.
Iklan
Khalid yang merupakan Ahli Parlimen Shah Alam berkata, pihaknya percaya bahawa darurat perlu ditamatkan dengan segera dan Parlimen perlu bersidang semula supaya sistem semak dan imbang institusi demokratik negara dikembalikan.
Beliau yang merupakan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, jawatankuasa itu juga menghargai usaha Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mendengar sudut pandang daripada ketua-ketua parti politik pemerintah dan pembangkang.
Iklan
"Sebagai badan yang berkempen untuk menamatkan darurat, kami juga telah menyerahkan permohonan rasmi untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 20 April lalu.
"Jawatankuasa telah membuat keputusan untuk mengutuskan sepucuk surat lagi bagi menyatakan hajat membentangkan memorandum bersama petisyen yang telah kami kumpulkan kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>