Kerajaan tidak pernah campur urusan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat
Iklan
Takiyuddin Hassan
SHAH ALAM - Kerajaan tidak pernah campur tangan dalam sebarang urusan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan memberikan sepenuh kerjasama supaya jawatankuasa berkenaan dapat melaksanakan fungsi seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021.
Iklan
Iklan
Jelas beliau, kenyataan pada 12 Jun 2021 mengenai peranan kerajaan dalam perlembagaan dan undang-undang berhubung perisytiharan darurat serta hal-hal berkaitan dengannya dipetik di luar konteks yang sebenar.
"Kerajaan akan mematuhi segala peruntukan undang-undang dalam melaksanakan tanggungjawab semasa membuat keputusan mengenai darurat termasuk mengiktiraf mekanisme yang wujud secara sah di sisi undang-undang.
Iklan
"Dengan kata lain, kerajaan mengiktiraf sepenuhnya kewujudan Jawatankuasa Khas Bebas yang diwujudkan di bawah Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Takiyuddin berkata, kerajaan terus berperanan menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan semasa tempoh darurat berkuatkuasa sebagaimana diperuntukkan dalam Seksyen 11 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021.
Iklan
"Justeru, dalam keadaan negara masih berperang dengan pandemik Covid-19, sebaiknya semua pihak akur kepada fungsi masing-masing yang ditetapkan di bawah kerangka perundangan sedia ada,” jelas beliau.
ARTIKEL BERKAITAN 'Kenyataan Takiyuddin hina AJK Khas Bebas Darurat'
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>