Hati-hati terima tawaran haji, badal haji: MATTA
Iklan
KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan agar berurusan hanya dengan individu dan syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berkaitan haji terutama perkhidmatan badal haji memandangkan risiko kegiatan penipuan semasa tempoh pandemik Covid-19.
Naib Presiden Haji dan Umrah Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Mohd Azri Abd Razak berkata, sebarang pertanyaan mengenai ibadat itu termasuk pakej yang berkaitan juga hanya perlu dikemukakan kepada syarikat pelancongan berdaftar yang mempunyai lesen umrah serta secara terus dengan panel Tabung Haji.