Remaja rakam insiden kematian George Floyd menang Anugerah Pulitzer

Iklan
Gambar mural mendiang George Floyd di Okland, Amerika Syarikat pada 3 Jun lalu. - Foto AFP

WASHINGTON - Video insiden lelaki Afrika-Amerika George Floyd yang maut akibat tindakan kejam seorang pegawai polis yang dirakam remaja perempuan Darnella Frazer menerima anugerah khas Hadiah Pulitzer 2021.

Perkara itu diumumkan di Columbia University, New York City pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Menurut Sputnik, jawatankuasa itu menyatakan Frazer menerima anugerah khas itu atas 'keberaniannya merakamkan pembunuhan George Floyd, sekali gus mencetuskan bantahan terhadap kekejaman polis di seluruh dunia, ia juga menunjukkan pentingnya peranan masyarakat dalam membantu menegakkan kebenaran dan keadilan'. - Bernama

Iklan
Iklan