Abdul Hadi harap pihak mahu 'tebuk kapal' dihalang

Iklan
ABDUL HADI

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berharap individu atau pihak yang cuba mengambil alih tampuk pemerintahan dalam suasana pandemik Covid-19 di negara ini dihalang.

Beliau mendakwa pihak berkenaan masih tidak berhenti daripada terus berpolitik dan sangat bernafsu untuk mengambil alih pentadbiran.

Iklan
Iklan

"Rasulullah SAW membandingkan kumpulan ini seperti mereka yang berada di petak bawah di dalam sebuah bahtera.

"Mereka ini ingin menebuk kapal daripada bawah kerana bersikap gopoh ingin mendapatkan air untuk tanpa mengira semua orang yang berada di dalam bahtera. Mereka perlu dihalang supaya semuanya selamat,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu mengesahkan beliau mengemukakan rayuan penamatan Proklamasi Darurat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau berkata, usul berkenaan antara perkara yang dibawakan ketika lebih satu jam sembah menghadap Al Sultan Abdullah di Istana Negara.

Iklan

Menurut Abdul Hadi, Pas memahami keadaan darurat pandemik Covid-19 dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong supaya menghentikan semua perkara berkaitan politik yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara.

"Bagaimanapun masih ada dalam kalangan kita yang seolah-olah meletakkan Malaysia berada di luar alam bumi," katanya.