Arab Saudi lanjut tempoh sah laku visa hingga Julai

Iklan
Arab Saudi melanjutkan tempoh sah laku visa lawatan, permit residen, visa ekspatriat dan visa kemasukan semula ke negara itu sehingga bulan depan. - Foto: AFP

RIYADH - Kerajaan Arab Saudi melanjutkan tempoh sah laku permit residen, visa lawatan, visa kemasukan semula dan visa ekspatriat sehingga 31 Julai depan, lapor Saudi Press Agency (SPA) pada Selasa.

Lanjutan itu yang diumumkan oleh Menteri Kewangan negara tersebut, Mohammed Al-Jadaan dibuat ketika usaha-usaha dilakukan oleh kerajaan bagi menangani kesan akibat Covid-19.

Iklan
Iklan

Menurut SPA, perlanjutan itu dibuat atas arahan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz yang juga Penjaga Dua Masjid Suci di negara berkenaan.

Ia melaporkan bahawa Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Pasport telah mengesahkan lanjutan itu akan dilakukan secara automatik dengan kerjasama Pusat Maklumat Kebangsaan.

Iklan

Melalui pengumuman itu, semua permit residen atau iqama untuk ekspatriat asing yang terkandas di luar negara kerana pandemik Covid-19 akan dilanjutkan secara percuma.

Permit residen atau Iqama diberikan oleh kerajaan Arab Saudi kepada warga asing yang tiba di negara beraja itu dengan menggunakan visa pekerjaan.

Iklan

Bagaimanapun, lanjutan itu adalah terhad kepada 20 buah negara sahaja, lapor SPA.

Negara-negara itu ialah Emiriah Arab Bersatu (UAE), Argentina, Jerman, Amerika Syarikat, Indonesia, Ireland, Itali, Pakistan, Brazil, Portugal, United Kingdom, Turki, Afrika Selatan, Sweden dan Switzerland.

Lanjutan itu turut melibatkan ekspatriat dari Perancis, Lubnan, Mesir, India dan Jepun.

Pada 2 Februari, kerajaan Arab Saudi mengumumkan penggantungan buat sementara waktu kemasukan para pelawat dari negara-negara berkenaan daripada memasuki Arab Saudi.

Tindakan itu dilakukan sebagai usaha mengekang penularan pandemik Covid-19 di negara beraja tersebut.

Namun, pengecualian diberikan kepada para diplomat, warga Arab Saudi, pengamal perubatan dan keluarga masing-masing. - Agensi