Kuarantin: Hishammuddin tidak sertai Mesyuarat Khas ASEAN-China
Iklan
KUALA LUMPUR - Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kini tidak lagi berada dalam keadaan yang sesuai untuk menyertai Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN-China di Chongqing, China yang dijadualkan pada Isnin, dan melakukan lawatan kerja rasmi ke Mesir, Kuwait dan Qatar.
Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Ahad menyatakan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenal pasti Hishammuddin, sebagai kontak rapat kepada seorang yang telah disahkan positif selepas menjalani ujian saringan PCR Covid-19.