Agensi KPLB tawar lima inisiatif kurangkan impak PKP
Iklan
PUTRAJAYA - Lima agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menawarkan lima inisiatif bagi mengurangkan kesan dan impak kepada kumpulan sasar susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0).
Menterinya, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dalam kenyataan berkata, inisiatif tersebut merangkumi pengecualian bayaran premis perniagaan, penangguhan bayaran sewa rumah, pengecualian bayaran sewa tanah, penangguhan bayaran balik pinjaman dan penstrukturan semula serta memperluas program keusahawanan di agensi.