PKR bakal ketengah lebih ramai calon wanita pada PRU15

Iklan
Dr Wan Azizah

SHAH ALAM - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberi bayangan lebih ramai calon wanita daripada parti itu akan diketengahkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Bagaimanapun, jelas Wan Azizah yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, langkah itu bukan bertujuan untuk mencabar kaum lelaki.

Iklan
Iklan

"Saya ingin berkongsi sebuah kajian Harvard Business Review bertarikh Jun 2019 yang mendapati bahawa wanita ada kelebihan dalam beberapa perkara.

"Antaranya ialah dalam hal-hal mengambil inisiatif, mereka lebih 'resilent' atau berdaya tahan, suka kepada pembangunan kendiri, berbuat sesuatu dengan didorong oleh keputusan, mempamerkan integriti yang tinggi serta jujur.

Iklan

"Mereka juga dipercayai 84 peratus lebih efektif dalam ukuran kompetensi, ditambah lagi dengan sifat semula jadi keibuan serta tahap kesabaran yang tinggi, wanita mampu menjadi pemimpin masyarakat dan pemimpin negara yang lebih perihatin dan empati terhadap rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kongres Nasional Keadilan Ke-15 (Wanita) yang berlangsung secara maya pada Jumaat.

Iklan

Mengulas lanjut, Wan Azizah berkata, setakat 29 April lalu, jumlah keseluruhan keanggotaan wanita dalam parti itu merekodkan seramai 408, 038 orang berbanding 1.3 juta jumlah keseluruhan anggota parti.

"Selangor mencatatkan keanggotaan tertinggi, diikuti Sabah dan Sarawak," katanya.