Ismail Sabri perjelas isu sudah tutup pintu depan

Iklan
Status kemas kini Instagram yang dimuat naik Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencuri perhatian warga maya.

SHAH ALAM- Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa hantaran di media sosialnya berkaitan menutup pintu depan adalah kerana beliau mahu pulang ke rumah pada hari tersebut.

"Saya menutup pintu kerana hendak pulang," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar maya pelancaran hospital modular Angkatan Tentera Malaysia pada Khamis.

Iklan
Iklan

Pada 2 Jun, satu hantaran gambar di akaun Instagram rasminya menunjukkan beliau menutup pintu pejabatnya dengan kapsyen"Saya dah tutup pintu depan tapi..." yang turut disertakan dengan emoji sedih.

Gambar tersebut telah mengumpulkan hampir 29,000 tanda suka dan juga pelbagai spekulasi tentang kemungkinan konflik di kabinet.

Iklan

Ketika ditanya hal demikian kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, beliau berkata, tidak seharusnya wujud spekulasi mengenai hal itu.

Menurut Mohamed Azmin, Ismail Sabri adalah salah seorang menteri yang diberi peranan penting dalam menangani wabak Covid-19.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Azmin respons hantaran 'pintu depan' Ismail Sabri

Tambahnya, Ismail Sabri juga adalah salah seorang jurucakap bagi masalah bukan kesihatan ketika menghadapi wabak tersebut.

Mohamed Azmin berkata, beliau dan anggota kabinet lain memberi sokongan kuat kepada Ismail Sabri dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang mempunyai tanggungjawab besar dalam menangani krisis kesihatan semasa.

"Kami adalah satu pasukan dan mengambil keputusan bersama.

"Ini adalah prinsip yang kami pegang, saya dan rakan-rakan yang lain akan terus memberikan sokongan kami di kabinet untuk memastikan semua orang dapat memainkan peranan mereka dengan berkesan," katanya pada sidang akhbar berlainan pada Khamis.