Isu LGMPC: Lembaga bertanggungjawab kepada menteri
Iklan
Kenyataan akhbar oleh LGM pada Selasa.
SHAH ALAM - Tuduhan berlakunya campur tangan menteri dalam isu pajakan tanah milik Lembaga Getah Malaysia (LGM) adalah tidak bertepatan dengan akta agensi.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, LGM menjelaskan bahawa Seksyen 15 Akta Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 1996 (Akta 551) menetapkan bahawa agensi tersebut hendaklah bertanggungjawab kepada menteri.
Iklan
Iklan
Menurutnya, seksyen tersebut juga menyatakan bahawa menteri boleh memberikan arahan selaras dengan akta dan lembaga perlu dengan seberapa segera melaksanakan arahan sedemikian.
"Oleh itu, kenyataan bekas Pengerusi LGM (Ahmad Nazlan) tentang campur tangan menteri dalam urusan LGM atau LGM Properties Corporation (LGMPC) adalah tidak bertepatan dengan kuasa menteri yang termaktub di dalam akta,” menurut kenyataan itu pada Selasa.
Iklan
Ahmad Nazlan mendakwa menteri yang berkaitan telah menambah tempoh sewaan tanah tersebut daripada persetujuan asal LGM iaitu 10 tahun kepada 25 tahun.
Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Jerantut berkata, hasil yang diperoleh LGM selepas 25 tahun untuk sewaan tanah berkenaan boleh melebihi RM1 bilion sekiranya diuruskan dengan cara lebih baik.
Iklan
Berhubung perkara itu, LGM memaklumkan bahawa lembaga itu telah menghantar surat kepada menteri untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan akhir bagi keputusan tender tersebut.
"Bagaimanapun, menteri pada 7 Januari 2021 telah mengarahkan tempoh pajakan dilanjutkan kepada 15+10 tahun dan dibuka kembali Request For Proposal (RFP) kepada syarikat yang terbabit dengan proses tawaran sebelum ini.
"Namun, sehingga sekarang perkara ini masih dalam proses tindakan di peringkat LGM dan LGMPC, serta belum dimuktamadkan.
"Oleh itu, kenyataan bekas Pengerusi LGM bahawa menteri mahukan 5+10+10 tahun adalah tidak tepat. Selain itu, kenyataan bahawa hasil yang boleh diperoleh oleh LGM selepas 25 tahun melebihi RM1 bilion adalah tidak tepat,” jelas kenyataan itu lagi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>