Azizulhasni guna trainer lepas gian berkayuh

Iklan
Mohd Azizulhasni

JAGUH berbasikal trek kebangsaan, Mohd Azizulhasni Awang menasihatkan penggiat aktiviti sukan berbasikal tempatan supaya ‘melupakan’ seketika keseronokan kayuhan di luar rumah bagi membantu usaha memutuskan rantaian penularan Covid-19.

Beliau yang diberi jolokan ‘The Pocket Rocketman’ berkata, rakyat Malaysia khususnya penggiat sukan berbasikal perlu kekal berada di rumah melainkan terdapat urusan penting seperti mana yang dibenarkan.

Iklan
Iklan

Mengakui aspek kesihatan dan kecergasan tetap perlu dititikberatkan, Mohd Azizulhasni bagaimanapun berkata joging dan senaman di sekitar kawasan kediaman sudah memadai untuk kekal aktif, tatkala situasi Covid-19 di negara ini semakin membimbangkan.

"Saya tahu ramai yang minat sukan berbasikal apatah lagi saya, tetapi dalam tempoh ini kita perlu akur supaya pergerakan boleh dikawal.

Iklan

"Kalau rasa gatal sangat kaki nak kayuh tu, saya sarankan anda berkayuh di rumah menggunakan ‘trainer’ (cycling trainer),” kata pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2016 dan bekas juara dunia keirin itu menerusi video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Tambah beliau, akses kepada aktiviti kayuhan lebih mudah kini apabila terdapat banyak pilihan platform kayuhan secara dalam talian.

Iklan

Jumaat lepas, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan Covid-19 memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh atau total lockdown sektor sosial dan ekonomi fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula Selasa.

Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) am dibenarkan bagi aktiviti sukan dan rekreasi, aktiviti yang dilakukan di kawasan terbuka tanpa bersentuhan fizikal terhad kepada joging dan senaman sahaja, dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya dua hingga tiga meter.

Aktiviti dibenarkan itu turut dilakukan di kawasan kejiranan bermula jam 7 pagi sehingga 8 malam tertakluk kepada arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa.