Lantik ahli politik ada kepakaran khusus
Iklan
Nungsari
SHAH ALAM - Pelantikan ahli politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan-badan berkanun boleh dilakukan jika individu terbabit berkelayakan dan memenuhi syarat yang ditetapkan.
Pakar ekonomi, Dr Nungsari Ahmad Radhi berkata, pengecualian boleh diberikan sekiranya ahli politik terbabit mempunyai kepakaran dan dapat dimanfaatkan oleh syarikat dan agensi terlibat.
Iklan
Iklan
"Pada lazimnya saya tidak bersetuju dengan pelantikan ahli Parlimen kerana mereka sepatutnya memantau prestasi badan yang Parlimen tubuhkan melalui Akta Parlimen.
"Jika ada pun, ia harus sebagai pengecualian di mana seseorang ahli Parlimen itu berkelayakan khusus untuk badan berkanun tertentu.
Iklan
"Justeru, pelantikan tersebut harus benar-benar diteliti terlebih dahulu memandangkan tidak semua ahli politik sesuai dilantik bagi menerajui sesuatu badan berkanun,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
ARTIKEL BERKAITAN: GLC perlu ditadbir individu berkelayakan, bukan ahli politik
Iklan
GLC bukan habuan orang politik
Mengenai GLC yang disenarai awam seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia Berhad (TM), Nungsari berkata, syarikat itu tidak sepatutnya ditadbir oleh ahli politik.
Jelas beliau, ia dibimbangi akan memberi kesan terhadap keyakinan pelabur untuk melabur dalam syarikat tersebut.
"Ramai pelabur mahupun pemegang taruh saham syarikat tidak suka jika syarikat itu ditadbir oleh ahli politik kerana mereka cenderung untuk membuat keputusan berdasarkan agenda politik yang akan meletakkan syarikat tersebut berisiko tinggi.
"Jadi pelabur ragu-ragu untuk melabur dalam syarikat itu kerana biasanya mereka akan melabur dalam syarikat yang mereka lihat mampu memberi keuntungan,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Jerebu: Malaysia tunggu pengesahan Indonesia gerakkan aset bantuan - Fahmi"><meta itemprop="description" content="Malaysia masih menunggu pengesahan daripada pihak Indonesia untuk mengerakkan aset-aset yang boleh digunakan bagi membantu menangani kebakaran hutan di negara itu, yang mengakibatkan jerebu rentas sempadan.
Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Luar (Wisma Putra) kepada Jemaah Menteri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795540/berita/nasional/jerebu-malaysia-tunggu-pengesahan-indonesia-gerakkan-aset-bantuan---fahmi
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jerebu #FahmiFadzil #tanganijerebu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T11:42:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5wspa"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5wspa"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5wspa"></script>