Rakyat tidak dibenarkan pilih jenis vaksin Covid-19

Iklan
Khairy Jamaluddin ketika sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Ahad. Foto - Bernama

KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan tidak membenarkan rakyat di negara ini memilih jenis vaksin dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, keputusan tersebut dibuat bertujuan mempercepatkan proses pemberian vaksin.

Iklan
Iklan

"Memang (sebelum ini) kita berfikir untuk memberi pilihan (jenis vaksin) tetapi buat masa ini kita mengutamakan untuk mempercepatkan proses pemberian vaksin. Sekiranya diberikan pilihan, ia akan melambatkan (proses vaksinasi).

"Keutamaan sekarang ialah meningkatkan jumlah vaksinasi. Jadi kita akan beri apa yang kita ada," katanya pada sidang akhbar selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini pada Ahad.

Iklan

Pada Khamis, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa orang ramai berkemungkinan boleh memilih untuk menerima vaksin Covid-19 yang dikehendaki menerusi kemudahan yang akan dilaksanakan di aplikasi MySejahtera dalam masa terdekat.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang meneliti perkara tersebut dengan turut melihat kepada penambahbaikan aplikasi itu.

Iklan