Gempa bumi bermagnitud 5.3 landa Timur Jepun

Iklan
Gempa bumi bermagnitud 5.3 pada skala Richter direkodkan di wilayah Ibaraki, timur Jepun.

TOKYO - Gempa bumi bermagnitud 5.3 pada skala Richter direkodkan di wilayah Ibaraki, timur Jepun, lapor Sputnik memetik Agensi Meteorologi Jepun (JMA) pada Sabtu.

Gegaran dicatatkan pada 8.21 waktu tempatan (23:21 GMT pada Jumaat) dengan kedalaman 10 kilometer.

Iklan
Iklan

Tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tiada kerosakan atau korban nyawa dilaporkan setakat ini. - Bernama