Remaja Palestin maut ditembak tentera Israel di Tebing Barat
Iklan
RAMALLAH - Seorang remaja Palestin maut ditembak dan puluhan yang lain cedera ketika penunjuk perasaan bertempur dengan tentera Israel di Tebing Barat pada Jumaat, lapor Agensi Berita Xinhua.
Menurut kenyataan Kementerian Palestin, remaja itu maut akibat ditembak di dada dalam kejadian di kampung Beita, di Nablus.