MPPK gesa kerajaan laksanakan PKP penuh

Iklan
Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri

SHAH ALAM- Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) menggesa kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh selama 14 sehingga 21 hari.

Presidennya, Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri berkata, langkah tersebut lebih baik dalam usaha mengurangkan kes berbanding keputusan untuk mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) bagi PKP 3.0.

Iklan
Iklan

Beliau mencadangkan, antara perkara perlu dilakukan semasa PKP penuh adalah larangan rentas daerah dan negeri selain menyalurkan bantuan seperti moratorium, kewangan serta yang bersesuaian.

"Kerajaan juga perlu percepatkan pemberian vaksin Covid-19 kepada semua rakyat bagi mencapai imuniti kelompok dan pastikan kilang-kilang yang menghadapi kes Covid-19 yang tinggi ditutup.

Iklan

Pada Jumaat, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 8,290 kes positif direkodkan dan pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini sebanyak 549,514.

Mengulas lanjut, Amir Asyraf berkata, kerajaan juga perlu memastikan sektor penting sahaja dibenarkan untuk beroperasi.

Iklan

Tambahnya, institut pengajian tinggi (IPT) perlu dipastikan menjadi zon bebas daripada Covid-19.

"MPPK berharap agar kita semua terus menjaga SOP bagi memastikan pandemik ini dapat dikurangkan dan kita dapat menangani gelombang ketiga ini dengan baik. Semoga negara kita dibebaskan daripada pandemik ini,” katanya.