LZS tampung kos rawatan Nur Kasih Dalisya

Iklan
Nur Kasih dilaporkan parah dalam kemalangan di Jalan Kampung Delek Kanan, di sini pada Rabu.

KLANG - Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan menanggung kos rawatan Nur Kasih Dalisya Kamarul Azwan, 5 tahun, kanak-kanak yang dilaporkan parah dalam kemalangan di Jalan Kampung Delek Kanan, di sini pada Rabu.

LZS menerusi kenyataan di Facebook pada Jumaat berkata, kanak-kanak tersebut menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur sebelum dipindahkan ke Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, semakan mendapati keluarga kanak-kanak berkenaan merupakan asnaf yang berdaftar di Klang.

"Kami di Zakat Selangor amat bersimpati dengan musibah yang menimpa keluarga ini dan akan menanggung sepenuhnya kos rawatan Nur Kasih Dalisya," menurut kenyataan itu.

Iklan

Pada Khamis, tular rakaman video kanak-kanak tersebut dilanggar kereta pacuan empat roda jenis Perodua Kembara dipandu seorang wanita sewaktu sedang melintas jalan.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang pada Rabu, mangsa dilaporkan mengalami pendarahan di limpa dan usus.

Iklan

Dalam kenyataan itu, LZS turut menyeru kepada orang ramai untuk sama-sama mendoakan supaya kanak-kanak tersebut diberikan kesembuhan dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak parah dilanggar ketika melintas jalan