187 sekolah di Gaza rosak akibat serangan Israel

Iklan
Sebanyak 187 buah sekolah di Gaza mengalami kerosakan akibat serangan 11 hari Israel di wilayah Gaza

GAZA - Sebanyak 187 buah sekolah di Gaza mengalami kerosakan akibat serangan 11 hari Israel di wilayah Gaza, Agensi Berita Anadolu memetik kenyataan seorang pegawai Palestin pada Khamis.

Dalam kejadian itu, 132 sekolah rendah dan 55 buah tadika mengalami kerosakan, kata pegawai itu.

Iklan
Iklan

Jumlah kematian akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat kini mencecah 288 orang, termasuk 69 kanak-kanak dan 40 wanita, dan lebih 8,900 cedera, menurut angka rasmi yang dikeluarkan pihak berkuasa Palestin.

Sejak 13 April lalu, pertempuran berlaku di wilayah Palestin yang diduduki akibat serangan Israel ke atas penduduk Palestin di Baitulmaqdis Timur dan Masjid al-Aqsa.

Iklan

Pencerobohan Israel bermula apabila mahkamah Israel memutuskan untuk mengusir 12 keluarga Palestin daripada kediaman mereka di Baitulmaqdis Timur dengan keputusan memihak kepada pendatang Israel.

Ketegangan merebak sehingga ke Semenanjung Gaza pada 10 Mei, menyebabkan konfrontasi ketenteraan antara anggota keselamatan Israel dan kumpulan pejuang Palestin.

Iklan

Serangan 11 hari pesawat tempur Israel telah menyebabkan banyak bangunan musnah di wilayah itu, yang kemudiannya berakhir dengan persetujuan gencatan senjata pada 21 Mei dengan Mesir sebagai perantara. -Bernama