SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan penglibatan masyarakat untuk berbakti sebagai sukarelawan kesihatan dalam menangani pandemik Covid-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tenaga sukarelawan diperlukan bagi meringankan beban yang dipikul petugas-petugas kesihatan di seluruh negara.