Dikompaun RM2,000 naik kereta empat orang
Iklan
SUNGAI PETANI - Seorang juruelektrik dikompaun RM2,000 kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan membawa tiga individu dalam kenderaan dipandunya di Bandar Lagenda Height, kira-kira 10.25 malam pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pemandu berusia 22 tahun itu didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP dengan membawa penumpang lebih dari had yang dibenarkan.