Lebih 300,000 tempahan Astrazeneca dalam masa 45 minit

Iklan
Tangkap layar luahan kegembiraan warganet di Twitter.

SHAH ALAM - Tempahan janji temu fasa kedua pengambilan vaksin AstraZeneca yang dibuka pada pukul 12.15 tengah ditutup secara rasmi pada pukul 1.27 petang kerana ia telah penuh.

Menurut twitter rasmi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), bagi mereka yang layak mendaftar, janji temu akan diberikan dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan

"Tempahan janji temu untuk pusingan kedua Inisiatif Pelawaan Pengambilan Vaksin AstraZeneca kini sudah ditutup.

"Mereka yang layak akan menerima janji temu dalam masa terdekat. Terima kasih kepada yang mendaftar untuk membantu negara mencapai imuniti kelompok,” kata JKJAV dalam ciapannya pada Rabu.

Iklan

Menurut warganet di Twitter, @ruhailahJohan, enam ahli keluarganya telah berjaya didaftarkan sebagai penerima vaksin itu.

"Jumlah keseluruhan daftarkan semua ahli keluarga. Ada enam tangkap layar,” ujarnya.

Iklan

Sementara itu, @khaty_suhaimi menyatakan bahawa hanya dirinya berjaya masuk proses pendaftaran tersebut, namun tidak ibu dan adiknya.

@fairyohvivi_ turut meluahkan rasa gembiranya di Twitter apabila dia berjaya membuat pendaftaran vaksin AstraZeneca.

"Macam nak menangis, nak lompat bintang semua ada,” katanya.

Menurut JKJAV, sehingga pukul 1 petang, lebih 300,000 tempahan janji temu vaksin AstraZeneca fasa kedua telah dibuat.

Pada 25 Mei, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, sebanyak 1,261,600 dos diperuntukkan untuk fasa kedua yang melibatkan lima negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak.

Katanya, pemberian vaksin AstraZeneca pusingan kedua itu melibatkan empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) baharu iaitu Setia SPICE Arena (PISA) di Bayan Lepas, Pulau Pinang; Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru, Johor; Pusat Konvensyen Borneo Kuching, Sarawak dan Institut Kemahiran Belia Negara Miri, Sarawak.