KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang memperuntukkan RM7.8 juta untuk Bantuan Prihatin Pahang (BPP) secara bersasar kepada rakyatnya yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peruntukan besar disediakan itu sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri terhadap kemaslahatan rakyat dalam menghadapi tempoh sukar ketika ini susulan penularan pandemik Covid-19.