Jangan sesedap rasa beri peringatan ‘self-lockdown’ kepada rakyat
Iklan
Ahmad Zahid Hamidi
SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membangkitkan persoalan adakah rakyat yang salah dan degil tidak mahu sekatan pergerakan kendiri atau ‘self-lockdown’ sehingga menyebabkan kes Covid-19 di Malaysia menjadi semakin parah.
Ahmad Zahid berkata, beliau bagaimanapun tidak fikir begitu, malah amat yakin majoriti rakyat kalau boleh memang mahu ‘self-lockdown’ diri dan keluarga mereka.
Iklan
Iklan
"Rakyat hari-hari bimbangkan keselamatan diri dan keluarga. Jika boleh tidak mahu keluar rumah sehingga keadaan kembali stabil.
"Tetapi bagaimana mahu ‘self-lockdown’ jika Makcik Kiah masih perlu menjaja bagi memastikan dapur rumah terus berasap.
Iklan
"Bagaimana mahu ‘self-lockdown’ jika Pak Salleh masih perlu terus memandu teksi untuk mengelak rumah dan kereta disita bank.
"Bagaimana mahu ‘self-lockdown’ jika 60 peratus rakyat dalam sektor swasta dan 20 peratus dalam sektor awam tetap diwajibkan ke tempat kerja,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Iklan
Ahmad Zahid yang juga merupakan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, bukan sedikit jumlah rakyat masih terpaksa mengambil risiko bergerak ke sana ke sini demi ‘survival’ diri dan ahli keluarga.
"Jangan pula tuduh rakyat ‘selfish’ (pentingkan diri sendiri). Tidak tahu duduk diam. Mereka telah buktikan iltizam membendung wabak Covid-19 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0.
"Tetapi ketika itu mereka dapat bantuan yang memang wajib diberikan oleh kerajaan kepada rakyat untuk bertahan sehingga keadaan memulih. Semasa PKP 3.0 tidak boleh berhari raya pun rakyat akur. Berkorban menahan hati memendam perasaan sudah lama tidak bertemu ibu bapa.
"Syukur Alhamdulillah rakyat Malaysia diberikan kekuatan mental dan hati yang kuat dan tabah,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, jika mahu rakyat 100 peratus ‘self-lockdown’ tanpa perlu ‘total-lockdown’ (perintah berkurung) kerajaan perlu membantu dan rakyat mampu untuk melakukannya.
"Jangan sesedap rasa mahu memberi peringatan kepada rakyat supaya ‘self-lockdown’ seolah-olah rakyat tidak peduli bahaya Covid-19.
"Alasan jika kerajaan terus memberi bantuan kepada rakyat akan memberi kesan kepada ekonomi negara difahami,” katanya.
Namun Ahmad Zahid percaya bahawa dalam setiap permasalahan pasti ada resolusinya.
"Kerana itu wujud istilah musyawarah bagi mencari jalan penyelesaian. Kerana itu juga wujudnya Parlimen sebagai tempat untuk mencapai konsensus terbaik buat rakyat dan negara.
"Apabila tiada lagi amalan demokrasi seperti itu dan keputusan bulat-bulat ditentukan oleh satu pihak saja, maka inilah seperti yang terjadi sekarang.
"Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dikatakan tidak buat ‘total-lockdown’ kerana tidak lagi mampu menanggung skim i-Sinar, Prihatin dan moratorium,” dakwanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkembangan konflik antarabangsa menunjukkan ancaman keselamatan kini bukan sahaja melibatkan peperangan konvensional, malah merangkumi serangan siber, penyebaran maklumat palsu, sabotaj infrastruktur kritikal serta gangguan rantaian bekalan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803042/berita/nasional/ancaman-keselamatan-global-mekanisme-pengurusan-krisis-perlu-terus-diperkukuh---anwar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.