Covid-19: Singapura catat kematian ke-32

Iklan
Singapura pada Khamis melaporkan satu lagi kematian akibat komplikasi jangkitan Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan korban setakat ini sebanyak 32.

SINGAPURA - Singapura pada Khamis melaporkan satu lagi kematian akibat komplikasi jangkitan Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan korban setakat ini sebanyak 32.

Dalam data lengkap dikeluarkan malam tadi, Kementerian Kesihatan berkata, kematian terbaharu itu melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 70 tahun.

Iklan
Iklan

Dirujuk sebagai Kes 62687, lelaki itu dirawat di Hospital Tan Tock Seng pada 22 April, dan disahkan positif pada 30 April.

"Beliau belum divaksin, dan memiliki sejarah penyakit barah paru-paru dan fibrilasi atrium (sejenis gangguan denyutan jantung yang tidak normal)," kata kementerian itu.

Iklan

Kali terakhir kes kematian dilaporkan ialah pada 1 Mei.

Pada Khamis, jumlah jangkitan keseluruhan adalah 61,730.

Iklan

Setakat ini, terdapat 24 kluster terbuka Covid-19 di republik ini. - Bernama